pictures of the living

the world potrayed in words. poetry. short stories.

Friday, March 25, 2005

Bhgn 1: Tanpa Terduga


"Strech your arms people, yes.. just like that, and five, six, seven, eight...," suara lembut jurulatih aerobik itu beralun mengikuti mendayunya lagu 1, 2 Step nyanyian Ciara.

Kaki Merly bergerak pantas mengikuti pergerakan jurulatihnya itu. Hari ini studio senamrobik ini agak penuh. Mungkin kerana hari ini hari Sabtu. Kebanyakan ahlinya mengambil kesempatan kerana tidak bekerja. Kini jurulatih kegemaran Merly mengubah rentak kepada langkah seterusnya. Lantas Merly melakukan 'back lunge' sambil tangan diangkat kehadapan. Badannya terasa diregang sepuasnya.


Merly tidak pernah bosan mengikuti kelas senamrobik ini. Padanya, selain bersenam dia dapat menari. Dan dia dapat berseronok sambil mengeluarkan peluh. Studio senaman ini memang khas untuk aktiviti seperti aerobik, yoga dan pilates. Kadang-kadang Merly mengikuti kelas yoga yang selalunya diadakan sebelum kelas senamrobik. Merly tersenyum tiba-tiba. Dia memikirkan bagaimana orang mahu melakukan senamrobik dengan memberi berbagai-bagai nama kepadanya. Bodyjam, Body hustle, dan sebagainya. Padahal asasnya tetap serupa, cuma kereografinya diubah-ubah mengikut kesesuaian. Kadang-kadang ada langkah mambo, kadang-kadang swing. Merly tetap selesa hanya memanggil aktiviti itu sebagai aerobik.

Tiga puluh minit kemudian, Merly berada di bilik persalinan. Dia telah selesai mandi dan bertukar kepada jeans dan baby-t. Rambutnya yang separa kering itu dibiarkan lepas, tanpa diikat. Rambut Merly ikal, melepasi bahu. Pernah dia berfikir untuk melakukan teknk rebonding, tetapi berkeputusan sebaliknya kerana dia perlu berbelanja lebih untuk memastikan rambutnya tidak rosak. Dan Merly, tidak mempunyai masa untuk berulang ke salun apatah lagi wang lebih untuk dibakar sebegitu saja. Lebih baik dia mencantikkan apartment yang didudukinya. Begitulah logika yang Merly katakan kepada teman serumahnya Aida.

Merly berjalan keluar dari bangunan rumah kedai tiga tingkat di Jalan Timur itu. Aida sudah berjanji akan mengambilnya dan mereka akan pergi menonton wayang bersama-sama. Cerita Sepet. Awal pagi tadi, Aida telah menghantarnya ke studio senaman dan terus ke pejabat untuk menghabiskan sedikit tugasan. Jam sudah menunjukkan pukul sebelas pagi, tapi kelibat kereta merah masih tidak kelihatan. Lantas Merly mengatur langkah ke kedai sebaneka 7-11 yang terletak di deretan yang sama.

Merly tersenyum kepada juruwang 7-11 semasa menolak pintu untuk masuk ke dalam. Comel, getus hati Merly. Dia terus ke peti aiskrim dan memilih aiskrim PaddlePop Maxi kegemarannya. Kemudian dia ke kaunter untuk membayar. Setelah selesai dia keluar semula dan mendapati Aida sedang keluar dari keretanya. Apabila dia melihat Merly, Aida mengangkat tangannya dan melambai, seraya masuk semula ke dalam kereta.

"Aku ingatkan kau lambat lagi. Aku pergi la beli aiskrim dulu," beritahu Merly kepada sahabatnya itu sambil menggigit aiskrim vanila bersalut coklat dan kacang ituh. "Mmm.. sedapnya!"

"Kau ni... baru lepas exercise, makan aiskrim. Tak der hasil!" kata Aida sambil menggelengkan kepalanya. "Bak mai sini sket."

Merly tergelak sambil menjuihkan bibirnya. Dia menghulur aiskrimnya kepada Aida. "Eh... kau dah book tiket wayang, tak? Ke... kita nak gamble and see if ada ticket lagi?"

"Kau... pagi lagi nih. Belum tengahari pun. Sure tiket adalah. Tak semua orang macam kita, nak catch the earliest movie possible!" Aida memberi isyarat ke kanan untuk membelok masuk ke jalan besar. Jalan raya semakin sibuk kerana sudah hampir tengahari.

"Sue jadi tak nak join kita hari ni? Tadi dia ada SMS aku, dia kata dia akan call kau kalau dia jadi nak join." Sue adala seorang lagi teman serumah mereka. Dua hari lepas Sue telah pergi ke Johor, kerana urusan kerja. Belum sempat Aida menjawab, telefon Merly berbunyi menandakan ada SMS diterima.
"Hmm.. panjang umur," kata Merly, "Sue kata go ahead, dia nak sambung tidur. Letih sangat la tu."

"Okay no problem. Aku rasa cerita Sepet ni boleh tengok banyak kali kot. Aku baca review, not bad. And apparently it attracts everyone, regardless of the race." Aida menggigit lagi aiskrim yang diunjukkan oleh Merly. Kemudian dia menggeleng tanda tidak mahu lagi selepas itu.

Kereta yang dipandu Aida memasuk kawasan letak kereta pusat membeli belah One Utama. Nasib mereka agak baik kerana ada tempat kosong berdekatan dengan pintu masuk. Setelah kereta dikunci mereka terus menuruni eskalator dan berjalan ke arah panggung wayang.

"Hmm.. earliest show is 2.15. Kita beli tiket then, pegi lunch la yer. Aku ala-ala lapar nih," Aida bersuara setelah dia dan Merly memerhatikan skrin yang menunjukkan jadual tayangan. Merly mengangguk tanda setuju. Oleh kerana tidak ramai pengunjung yang beratur untuk membeli tiket, mereka berjaya mendapatkan dua tiket dalam masa yang singkat.

Merly dan Aida duduk di meja untuk empat orang di restoran DOME. Merly menghirup coklat banana milkshake kegemarannya, sementara Aida sedang asyik menggulungkan spaghetti di keliling garfu. Mereka sedang berbual kosong apabila tiba-tiba pelayan restoran datang membawa dua gelas berisi air jus oren. Apabila Merly cepat-cepat mengatakan mereka tidak memesan minuman tersebut, pelayan itu berkata,"Compliments from the gentlemen over there." Ibu jarinya diunjukkan ke arah hujung restoran.

Merly dan Aida berpaling ke arah yang ditunjukkan, dan melihat dua orang lelaki mengangkat gelas minuman ke arah mereka. Merly menoleh memandang Aida dan melihat Aida sedang tersenyum sambil menganggukkan kepala. Pelayan tadi lantas meletakkan dua gelas minuman bersama dua kad nama. Satu tertulis nama "Adam Johari" dan satu lagi "Fendi Hisham". Kini Merly dan Aida berbalas senyum.

"Kau nak minum ke air ni?" tanya Merly kepada Aida.

"Kenapa? Kau rasa diorang dah spike drinks ni ke?" Aida tergelak. Tapi mereka berdua tahu yang mereka tidak akan menyentuh minuman tersebut. "Whoops! They are walking over!"

"Ladies, hi," seorang daripada lelaki itu bersuara. "Can we sit here?" Dia bertanya sambil menunjukkan ke arah dua kerusi kosong masing-masing di sebelah Aida dan Merly. Apabila Merly dan Aida mengangguk, mereka terus duduk. "Saya Adam," lelaki di sebelah Merly menghulurkan tangan untuk bersalam. "And..."

"And...," kata-kata Adam dipotong oleh lelaki yang duduk di sebelah Aida, "I am with the name Fendi." Lelaki bernama Adam itu tersenyum menghulur tangan kepada Aida.

"Saya Aida, dan ini kawan saya, Merly," Aida menganggukkan kepalanya ke arah Merly.

"So," Fendi berkata, "you two buat apa kat sini?"

"Emm.. tak da apa-apa, main lompat-lompat, kejar-kejar, main nyorok-nyorok. Sat gi nak gi main panjat-panjat pulak," Merly menjawab lantas dia dan Aida tergelak.

"Tu la kau.. tanya lagi soalan macam tuh," Adam bersuara pula. "Maaf la, kawan I ni memang suka tanya benda yang dah obvious." Fendi hanya tersengih seperti kerang busuk. "I think what he, we, really want to know is, apa yang you two akan buat after makan ni?"

"Oh, we're watching Sepet in fifteen minutes time. Show pukul 2.15," sahut Merly tersenyum.

"Hmm.. in that case, kitorang kene grill everything out from you two before that." Fendi tersenyum nakal.

"Only... everything?" Soal Aida sambil membalas senyuman nakal Fendi. Dan keempat-empat mereka ketawa girang.

Entah bagaimana, mereka berjanji akan berjumpa setelah Merly dan Aida habis menonton cerita Sepet. Merly dan Aida yang tidak pernah melakukan perkara sedemikian berasa seperti robot apabila berjalan memasuki panggung bernombor 7.

"Errmm.. we shouldn't do what we did, don't we?" tanya Aida kepada Merly.

"Hmm.. Hmm.. why did we do it anyway? Tak pe... lepas movie, kita lari jer la balik. Nanti, kalau berjalan-jalan terserempak la pulak. Though, I kinda like that Adam guy," jawab Merly, kemudian tersenyum seperti orang sedang berangan.

"Yeah.. I kinda like gila-gila si Fendi tu."

Sekali lagi Merly dan Aida berpandangan sesama sendiri dan tertawa. Apabila menyedari ada penonton yang memandang, mereka bergegas mencari tempat duduk.

* * *

"Merly! Aida!" Kedua-dua gadis itu berpaling ke arah suara yang memanggil nama mereka. Kelihatan Adam dan Fendi sedang melambai-lambai. Aida dan Merly mematikan langkah untuk menanti Adam dan Fendi yang berjalan ke arah mereka.

"Kamu berdua cuba nak melarikan diri ya?" Fendi mengusik. "Kan kita dah janji nak jumpa semula di hadapan DOME?"

"Yer lah, nasib baik Fendi suggest to wait for you two kat sini. Kalau tak, sure tak jumpa lagilah after this. Of course, we do have your phone numbers..." Adam berkata sambil mengangkat sebelah keningnya.

"Eh.. tak lah. Kitorang bukan nak lari lah, nak pi ladies' sekejap. Kan Aida?" Merly segera menjawab sambil mencuit bahu Aida.

"Ha ah, betul tuh," sambut Aida bersungguh-sungguh.

"Okay, okay. There's no need to convince us," Adam berseloroh. Mereka sama-sama tertawa. "You two go ahead, pi la buang apa-apa yang patut, kitorang tunggu kat sini, ok?"

Merly dan Aida mmenganggukkan kepala tanda setuju.


0 Comments:

Post a Comment

<< Home