pictures of the living

the world potrayed in words. poetry. short stories.

Friday, March 25, 2005

Prologue: Tanpa Terduga

Langkah kakinya bertambah pantas. Tujuannya hanya satu; untuk sampai secepat mungkin ke destinasi yang dituju. Dalam keadaan separuh sedar, dia menyedari dia perlu berhenti, kerana lampu isyarat untuk pejalan kaki berwarna merah. Namun kakinya terus melangkah. Telinganya tidak bisa mendengar bunyi jeritan hon kenderaan yang matanya tidak bisa melihat. Lantas, antara nyata dan fantasi dia merasakan dirinya terbang seperti seekor burung lang, dua tangannya menggapai tanpa pegangan. Apabila tubuhnya rebah ke dada bumi yang diselaputi tar, antara dengar dan tidak, suara manusia seperti ribuan lebah menusuk ke telinganya. Dia terasa seperti cecair panas mengalir di belakang kepalanya. Matanya selorong. Langit biru dan awan putih kapas seperti begitu hampir kepadanya. Dia berasa terpanggil. Sayup kedengaran, bunyi telefon bimbitnya memanggil-manggil untuk dijawab. Tapi, dia hilang daya. Makin rasa terpanggil...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home